RSS

NOTA TINGKATAN 1 :NOMBOR PERDANA

Salam semua..

Hari ni Saya ingin berkongsi dengan anda tentang Nombor Perdana(Prime Number). Masih ingat tajuk ni?

Cuba belek-belek semula tajuk dalam Tingkatan 1, Bab 2 (Number Pattern and Sequence). Salah satu subtopik dalam Bab 2 adalah berkaitan dengan Nombor Perdana.

Sebelum tu.. Apa maksud Nombor Perdana?

Nombor Perdana adalah :

  1. nombor positif
  2. lebih besar daripada 1
  3. hanya boleh dibahagi dengan nombor 1
  4. hanya boleh dibahagi dengan nombornya sendiri sahaja.

Sekiranya nombor itu boleh dibahagi dengan nombor lain selain 1 dan nombor sendiri, nombor tersebut bukan nombor perdana.

Contohnya nombor 4.

  • nombor 4 adalah positif – MEMENUHI SYARAT
  • nombor lebih besar daripada 1 – MEMENUHI SYARAT
  • nombor 4 boleh dibahagi dengan 1 = 4/1 = 4 – MEMENUHI SYARAT
  • nombor 4 boleh dibahagi dengan nombor sendiri (4) = 4/4 = 1- MEMENUHI SYARAT
  • TAPI.. nombor 4 boleh dibahagi dengan 2 – OWH..TIDAK MEMENUHI SYARAT

Jadi, dengan kata lain, nombor 4 bukanlah nombor perdana.

Hanya nombor 2 sahaja satu-satunya nombor genap yang dinamakan Nombor Perdana(ingat tau !)

Sebagai info tambahan, terdapat 25 nombor perdana dari nombor 1 hingga 100. Nombor-nombor tersebut adalah :

2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23, 29, 31, 37, 41, 43, 47, 53, 59, 61, 67, 71, 73, 79, 83, 89 dan 97

Akhir sekali, anda mesti pernah dengar Lagu Gadis Melayu yang telah dipopularkan Jamal Abdillah kan?

Apa kata anda cuba lirik dibawah ini dengan irama Lagu Gadis Melayu.. Selamat Mencuba !!

 

2 responses to “NOTA TINGKATAN 1 :NOMBOR PERDANA

  1. Azwa

    October 22, 2012 at 11:10 pm

    Alhamdulillah your notes kinda good and easy to understand :) thank you so much…

     
  2. freaya aedda

    May 14, 2013 at 9:28 pm

    hahahahhahaha..terbaek la dik…..terkono akak mu nie yer….yg bab akhir tu….

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: