RSS

15 Kata-Kata Motivasi Untuk Belajar

16 Apr

SUNGGUHKAH mawar tumbuh di datar,
Kalau datar mana alunnya,
Sungguhkah kata kamu belajar,
Kalau belajar mana pandainya?

hahaha BERDAYA MAJU pon boley!!!

Post ini saya tujukan khas buat adik-adik pelajar kita terutama kepada mereka yang agak kureng sedikit motivasi belajar.

Sebagai seorang pelajar, memang sudah menjadi tanggungjawab kita untuk belajar. Masalah dengan ‘tanggungjawab belajar’ ini ialah kita kekadang menjadi lali dengannya. Manakan tidak, ia sudah menjadi rutin harian selama berbelas-belas tahun.

Ia sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan. Jadi sudah tidak begitu terasa yang ianya merupakan satu tanggungjawab. Ia lebih kepada – pergi ke sekolah, bawa buku, jumpa guru, jumpa kawan dan balik rumah. Hidup seharian sahaja.

Hanya sesekali apabila musim peperiksaan tiba, baharulah sedikit terasa perlunya belajar. Malangnya, motivasi untuk belajar pula tidak sekuat mana. Abang sama sekali tidak menyalahkan adik-adik. Ia memang hampir tidak terasa suatu tugas. Hehee..

Kepada adik pelajar yang ingin menaikkan semula motivasi belajar, berikut beberapa kata-kata motivasi belajar untuk menaikkan semula semangat belajar adik-adik..

1. 95% kejayaan tergantung pada mindset. Mindset dibentuk dari pembelajaran.

2. Tumbuh itu adalah ciri-ciri makhluk hidup. Berkembang adalah ciri-ciri seorang manusia. Berkembang itu pula dimulai dari belajar.

3. Murid yang mempersiapkan diri dengan senjata informasi akan selalu memenangi pertempuran.

4. Tiada istilah gagal, yang ada hanya kejayaan atau belajar lagi.

5. Satu-satunya yang menghalang kita adalah keyakinan yang salah dan sikap yang negatif.

6. Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh dua kali pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.

7. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.

8. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.

9. Belajar ketika letih adalah membuang masa.

10. Kerjakanlah lebih dari bayaran kamu dan kamu akan dibayar lebih dari yang kamu kerjakan.

11. Sulit jadinya bila kamu harus, tetapi mudah jadinya bila kamu ingin.

12. Gunakan akal kamu seolah-olah nyawa kamu bergantung kepadanya.

13. Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya.

14. Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

15. Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.

Demikianlah koleksi motivasi untuk belajar yang sempat abang kumpulkan. Semoga ianya sedikit sebanyak menaikkan motivasi belajar adik-adik dan meniupkan semangat. Tapi orang kata semangat, semangat juga. Kalau tak ada persediaan yang sebaiknya memang tak jadi juga.

Begitu juga dengan subjek yang memang terkenal sukar sedari zaman-zaman abang bersekolah lagi, apa lagi kalau bukan Math. Ini kalau tak prepare betul-betul, memang la. Hmm.. tak tahu nak cakap. Hehehe..

 
Leave a comment

Posted by on April 16, 2012 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: