RSS

APLIKASI MATEMATIK DALAM KEHIDUPAN

PENGARUH MATEMATIK DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Sedarkah kita bila wujudnya matematik? Tiada jawapan yang jelas dapat diberikan oleh setiap orang. Setiap orang akan memberikan jawapan yang berbeza jika soalan seperti itu diajukan kepadanya. Tetapi apa yang jelas di sini adalah, matematik mempunyai banyak peranannya dalam kehidupan seharian kita. Tanpa matematik, mungkin kita tidak dapat menikmati hidup yang berteknologi tinggi seperti sekarang. Ada pendapat yang mengatakan bahawa matematik adalah sebagai jalan untuk memodelkan dunia. Manakala ada juga yang berpendapat, aplikasi matematik merupakan isu sosial, dimana matematik digunakan oleh setiap insan dalam kehidupan seharian. Ini boleh disimpulkan bahawa aplikasi matematik sangat diperlukan oleh setiap individu. Oleh itu, kita haruslah pelajari matematik dalam pelbagai bidang, supaya kita dapat menikmati kehidupan d dunia ini. Sebagai contoh, kita boleh mengaplikasikan matematik dalam bidang sukan, ketenteraan, politik, kesenian, dan sebagainya.

Sukan

 

Tennis ‘vs’ matematik?? Pernahkah anda tahu permainan tennis ada kaitannya dengan matematik? Terdapat pelbagai formula dan model matematik yang digunakan untuk menguasai permainan tennis. Contohnya pengaplikasian vektor, kebarangkalian, arithmetik, model “Markov chain” dan sebagainya. Segala penerangan lanjut tentang kaitannya akan anda perolehi dalam edisi seterusnya.

Ketenteraan

“Operational Research” (Kajian Penyelidikan)? Apa itu “Operational Research” (Kajian Penyelidikan)? “Operational Research” (Kajian Penyelidikan) adalah salah satu cabang matematik. “Operational Research” (Kajian Penyelidikan) mula wujud sejak awal Perang Dunia ke-2, dimana ia digunakan sebagai “alat” untuk menyelesaikan masalah ketenteraan, seperti masalah pengangkutan, penggunaan senjata yang berkesan, menyiasat penyusunan semula bahan-bahan yang musnah dan sebagainya. Tetapi pada zaman sekarang ini, penggunaan “Operational Research” (Kajian Penyelidikan) telah meluas pada bidang cari gali sumber bumi, kawalan barangan import dan eksport, organisasi produk input dan output bagi syarikat serta banyak lagi. “Operational Research” (Kajian Penyelidikan) semakin meluas kerana penggunaannya yang berkesan dan bersistem, iaitu mempunyai pelbagai langkah serta kaedah.

Kesenian

Pernahkah anda fikir bahawa kesenian adalah subset kepada matematik? Mengapa dan dimana bukti bahawa kesenian itu merupakan subset kepada matematik? Hakikatnya wujud hasil-hasil seni yang terbina daripada matematik.Contohnya seni bina, seni lukis dan lain-lain.

Seni bina :

Seni lukis :


 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: